BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

About Me

My photo
Aku ni nak jadi pari-pari yang duduk kat hati orang yang tengah gundah. Kenapa duduk ? Sebab aku tak ada sayap ... he...he

Saturday, 2 April 2011

kalaulah mereka tahu..........

hari ni..aku nampak bebudak kat kampung ni dah lain la....dulu waktu aku sekolah rendah mereka semua tu adalah kawan rapat aku.Tapi bila aku berhijrah ke sekolah lain.... hubungan kami makin renggang. Apa yang paling aku kesal..mereka dah tak macam dulu....bukan main lagi seronok kehulu hilir naik motor dengan balak.Rambut mereka pulak dah makin berkarat.Yang perempuan pula, kalau dulu tudung sentiasa ada kat kepala..tapi sekarang....Allah je yang tahu. Kalau kami jumpa lazimnya soalan yang mereka tanya..." Kau dah berapa kali couple?".Kalaulah mereka tahu dunia ni sebenarnya hanyalah sementara,,,,,,mesti aku,mereka saling berpadu. Kalaulah mereka tahu jantan kat luar yang bawa mereka kehulu hilir tu hanya nak main-main...mesti aku,mereka akan berjaga. Sebab aku sayangkan merekalah.....aku beranggapan begini.Kita sebenarnya perlu berfikir lebih matang......jangan menonong mengikut sebarangan. Kita melayu perlu ada jati diri.Perlu kental jiwa ketimuran. Bukan barat yang sibuk dibanggakan.Silalah berpijak di dunia nyata. Kita adalah bangsa yang tidak layu semangatnya !!. Aku bukan menulis sebab nak kata aku hebat atau baik.Itu bukan aku !!.Tapi sekadar luahan perasaan seorang anak muda. Fatamorgana dunia ini begitu hebat menggugah kita, Ingatlah..sesungguhnya tuhan itu telah mengilhamkan jalan kefasikan dan kebenaran. Maka beruntunglah mereka yang memilih jalan kebenaran.Dan rugilah kepada mereka yang memilih jalan kefasikan.Semoga Allah melindungi aku dan kamu dalam mengharungi hari-hari.Andai satu saat nanti kau lihat aku pula berubah hati jadi jahil seperti itu..maka ingatkanlah aku....terkadang aku sama...lupa...menjadi.. manusia................hatipari-pari

No comments:

Post a Comment